Rabu, 09 Januari 2013
DOA SEORANG ISTRI UNTUK SUAMI TERSAYANG
Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..
Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ღAmiin ya Rabbal'alamin.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Ampunilah dosa-dosaku yang telah aku buat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal,
Karuniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista,.
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Kuatkanlah aku dalam menjalani segala cobaan-Mu.
Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu....
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
Keluar dari terus terlena..
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu..
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
Petunjuk kearah rahmat Mu..
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semagatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang Solehah..
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.....
Aamiin, aamiin Ya Rabbal Allamin..
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar